Pengajian Malaysia(DUB1012) Dasar-dasar Utama Malaysia

PENGENALAN TAJUK:

Kerajaan Malaysia melaksanakan pembangunan berdasarkan dasar yang telah dirancang dan dipersetujui oleh kerajaan . Perlaksanaan ini bertujuan untuk menjamin matlamat keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat.   


A.Strategi dasar pembangunan belia negara: 
1.pembangunan ilmu
-usaha dipertingkatkan kearah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia

2.pembentukan sikap
-usaha kearah penerapan nilai nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.

3.pembangunan kemahiran dan keusahawanan
-mempersiapkan belia dengan teknologi terkini , kemahiran Teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.

4.pemupukan gaya hidup sihat
-belia digalakakkan menyertai persatuan atau aktiviti yang dapat memupuk gaya hidup sihat,cergas dan dinamik.Amalan ini dapat melahirkan pemimpin - pemimpin yang bertangumgjawab dan berkualiti.

5.jaringan hubungan antarabangsa

-menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.

B.Dasar kebudayaan Kebangsaan :

Strategi dan perlaksanaan dasar

1.memulih,memelihara dan membangunkan kebudayaan ke arah menguatkan asas asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidik ,pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhunbungan budaya
2.meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha usaha membimbing dan melatih peminat,pendokong dan penggerak kebudayaan seluasa-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.
3.mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.
4.membina sosiobudaya tempatan di seluruh negara
5.meningkatkan taraf dan mutu kesenian.

C.Dasar ekonomi baharu :



Dasar ekonomi baharu(DEB) merupakan satu program sosioekonomi diMalaysia yang diperkenalkan dalam perancangan Malaysia Ketiga(1976-1981) oleh Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak.Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata.

  •  Mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa megira kaum.
  •  Mempercepatkan proses penyusunan semula rakyat Malaysia untuk memperbetulkan keseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya dapat menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi .

Dasar pecah dan perintah

Jurang perbezaan ekonomi dan social kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah(divide and rule) oleh penjajah inggeris .terdapat dua perkara yang memungkinkan perkara ini:

  •  Ingeris sengaja memecahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan
  • Inggeris perlu mengelakkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta megekalkan aktiviti pertanian orang melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk tanah melayu tidak terjejas,tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.


Peranan dasar ekonomi baharu dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur

  •  Megurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar)
  •  Memperbaiki taraf dan kuantiti hidup rakyat  melalui pelajaran, latihan ,kesihatan ,kemudahan insfrakstruktur dan lain-lain

Kesan dasar pecah dan perintah :

  • Penduduk melayu telah dibiarkan di kawasan pendalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional .
  • Kaum cina ditempatkan di bandar dan kawasan perlombongan bagi menjalankan aktiviti perniagaan.
  •  Kaum india ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang ladang british.
Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka berbeza ,maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utaman ini.melalui dasar ini british telah melahirkan perasaan prasangka dan memperkukuhkan kepribadian setiap kumpulan etnik yang menjarakkan jurang antara kaum.

D.Pelan Integriti Nasional(PIN):

PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus negara yang berintegriti. PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.

OBJEKTIF UMUM
Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

OBJEKTIF KHUSUS
1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika.
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat.
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

E.Dasar Wawasan Negara(DWN) : 


1. Membangunkan Malaysia sebagai ssebuah masyarakat  bersaskan pengetahuan
2. Menjana pertumbuhan yang didorang oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan
3. Pelaburan langsung asing (foreign direct investment) yang berterusan ke dalam bidang strategic.
4. Mejadikan sector pertanian,pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.
5. Membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil seperti orang asli dan golongan minoriti bumiputera di sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan berpendapatan 30% terendah.
6. Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sector utama ekonomi
7. Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan.· Megekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan , institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro.· Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi· Megukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap ,produktif dan berpengetahuan.

soalan:

1.MENERANGKAN SEJAUH MANA BANGSA KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DALAM MENBAGUNKAN DAN MEMBENTUKAN IDENTITI NEGARA INI.TERUTAMA DALAM MASYARAKAT BERBILANG KAUM:

-pemimpin turut turun untuk menyertai aktiviti yg dejlankan oleh msayarakt

-pemimpin mendengar rintihan dan keluran rakyat pelbagai kaum dan memberi bantuan kpd yg memerlukan

-memberi pendidikan sivik sejak dini kepada pelajar

-mengadakan kempen yang melibatkan semua kaum di malaysia

-megadakan rumah terbuka

-mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan ,kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.

-memenuhi keperluan sosiobudaya dan meningkatkan taraf dan mutu kesenian.

-penggubalan dan perlaksaan dasar kebudayaan kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan mempunyai masyarakat berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza.


2.MENGHURAIKAN BAGAIMAN KERAJAAN BAHARU INGIN MEMASTIKAN PEMBANGUNAN BELIA DINEGARA INI SEJAJAR DENGAN NEGARA UMUMNYA:

-melatih belia dalam pelbagai bidang seperti ekonomi ,sosial dan politik .supaya belia boleh ekpo/mencari/menyelidik dengan lebih lanjut

-membuka lebih byak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan

-belia boleh menyumbangkan idea/kemahiran yang mereka ada dalam bidang tertentu.Contoh,
Mencipta barangan  baru untuk dipasarkan sehingga ke peringkat global.

-kerajaan memberikan bantuan kewangan kepada belia yang kurang modal untuk mereka memulakan perniagaan/membuka usaha sendiri.contoh,1Azam,BR1M dripada kerajaan terdahulu.

KESIMPULAN:
Pelaksanaan pelbagai dasar, perancangan dan strategi serta pelan tindakan untuk setiap institusi dan sektor dalam masayarakat dan negara digariskan bagi meningkatkan pembangunan yang seimbang dan lestari.Disamping itu, PIN merupakan kesinambungan dan penterjemahan falsafah ,prinsip dan matlamat yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dengan mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baru.


PENGHARGAAN

kepada pengarah:
 Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengarah politeknik kuching ,sarawak iaitu Lt. Kdr (K) KAMALUDIN DAUD Atas  jasa yang telah diberikan.   

kepada pensyarah:
Kami juga tidak lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan  Nurshakhuzaimah Sahmat ,pensyarah  Matapelajaran Pengajian Malaysia ( DUB1012 ) di  atas kesudian memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan ini berlaku.

serta rakan sepejuangan :

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan -rakan yang banyak membantu kami secara lansung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan .pelbagai ilmu yang kami dapat rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
   

Pengenalan Ahli Kumpulan

NAMA : AZMIL HAKIM BIN AMRAN(05DEE18F1110)
NAMA : KHONG ZHEN HUI(05DEE18F1092)
NAMA : JACKSON JIMBAU(05DEE18F1009)
NAMA : AMIRA SUHADA BINTI JAMALLUDIN(05DEE18F1104)
NAMA : VANESSA BULAN(05DEE18F1090)

NAMA : NATHANIA SUI HUI(05DEE18F1011)



Comments